
MAKANAN TRADISIONAL
NEGERI SEMBILAN
RESIPI APAM JOHOL
bahan-bahan diperlukan ;
300 g tepung gandum
2 sudu marjerin
100 gula merah ( larutkan dengan 1 1/2 cawan air)
2 sudu besar gula pasir
1/2 bungkus ibu roti mauripan
Daun rambai secukupnya
cara membuat ;
1. Satukan marjerin dengan tepung sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan ibu roti dan gula pasir ke dalam tepung.
3. Tuangkan larutan gula melaka yang telah ditapiskan kedalam adunan sedikit demi sedikit. 4. Bancuhan adunan jangan terlalu cair. Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda / perap sehingga 3 jam - 4 jam sebelum dibalut dengan daun rambai yang telah dibersihkan.
5. Sebelum dibalut dengan daun rambai, permukaan daun hendaklah disapukan minyak masak sedikit kemudian baru diletakkan bancuhan adunan.
6. Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun. Ini kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.
7. Kukus kuih selama 20 minit atau sehingga masak.
