top of page

Masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan cita rasa eksotiknya mampu menjadi produk pelancongan jika pengusaha hotel dan resort menyajikannya sebagai menu utama tarikan di restoran mereka. 

 

Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi. 

 

Terdapat juga makanan tradisional lain di negeri ini, antaranya ialah kuih apam johol. Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu. Apam Johol sering kali dijadikan juadah minum petang termasuk pada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sehinggakan ada yang merasakan tidak lemgkap sesuatu juadah itu tanpa kehadiran apam Johol.

 

 

© 2023 by SMALL BRAND. Proudly created with Wix.com

bottom of page